Saturday, February 07, 2004

RINTIHAN SEORANG HAMBA

Bismillahirrahmanirrahim

Anugerahkanlah sedikit rasa cinta mu pada Mu Tuhan

Agar aku tidak mencintai selain Mu

Supaya apa yang ada ku korbankan untuk Mu


Atau berilah sedikit rasa takut pada Mu Tuhan

Agar aku dapat mengawal diri ku

Patuh pada seruhan Mu

Menjauhi larangan Mu

Hidupkanlah jiwa aku dengan mengingati Mu Tuhan

Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepada Mu

Agar rasa kehambaan ku subur di dalam jiwa ku

Tuhan, cinta dan takut memenuhi jiwa ku


Inilah yang akan menyelamatkan aku

Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai dengan Mu selalu

Aku lupa suruhan Mu dan larangan Mu

Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhi ku

Syaitanlah yang akan menipu daya aku

Tuhan! Robek -robeklah hatiku ini

dengan takutkan-Mu

Pecah-pecahkanlah hatiku

dengan kehebatan-Mu

Hancur luluhkanlah hatiku

dengan Jabbar dan Qahhar-Mu

Hiris-hirislah hatiku

dengan Rahim dan Rahman-Mu

Kecut dan reput-reputkanlah hatiku

dengan Qudrat dan Iradah-Mu

Agar jangan manusia dan kuasa

merobek--robek hatiku

Supaya kebesaran manusia

tidak pecah-pecahkan hatiku

Jangan sampai zalim dan kezaliman

manusia menghiris-hiris hatikku

Aku berlilndung dengan-Mu daripada

makhluk yang merosakkan hatiku

Juga aku berlindung dengan-Mu

jangan sampai dunia dan nikmatnya

merosak hatiku

Tuhan,selamatkanlah hatiku daripada

dirosakkan oleh pujian

Peliharalah hatiku daripada nikmat

dunia dan keindahannya

Tuhan, apalah ertinya aku cintakan

syurga-Mu pada hal hatiku

tidak mencintai-Mu

Apalah ertinya aku takutkan neraka-Mu

sedangkan hatiku

tidak takut dengan-Mu

Tuhan!Hidayah-Mu yang kupinta

Taufiq-Mu yang aku mahu

Selamatkanlah aku Tuhan!

Peliharalah aku

Pimpinlah aku ke jalan keselamatan

Engkau adalah Tuhanku,pelindungku.

amin ya rabbal'alamin....

waallahu'alam

wassalam :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home