Thursday, October 28, 2004

Assalamualaikum..

Baru jer menyertai blog usrah ni atas jemputan akhi Awang.. and then.. beliau meminta saya utk post msg kat sini.. well.. rasa cam tak layak la plak.. bukan apa.. hati tak bersih and tak dpt praktik sepenuhnya apa yg nak diberitahu.. but then.. i decided to share.. takpela.. at least mungkin orang lain dpt ambil manfaat drpdnya.. insyaAllah.. semoga dengan ini.. Allah memudahkan saya untuk mengamalkan apa yg saya sampaikan.. amin..

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.. beliau menyatakan unsur2 ibadah hati ada enam.. Keenam2nya adalah kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu..

Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara lain selain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yg dilafazkan dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah sahaja tempat bergantung bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yg dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.

Berhubung dengan ini, Imam al-Hassan berkata; "Mereka yg tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada siksaan Allah"

Wallahua'lam.. semoga kita sama2 mendapat manfaat..

Rujukan: Ihya Ulumuddin, AL-Ghazali, jil 1, halaman 553-554

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home