Monday, November 29, 2004

Assalamualaikum Warahmatullah..

Tetiba bace email dr kak irah.. rasa terpanggil pulak utk tulis something kat usrah rpi yg menurut kak irah seperti hidup segan mati tak mahu.. Cadangnya nak cerita apa yg berlaku kat tamrin tp sebelum tu insyaAllah dan menyuarakan pendapat berkenaan apa yg kak irah concludekan sebagai 'baik buang je klu takde manfaat yg boleh diambil'.. Camne nak start ek..

Dari dulu lagi, rasanya 95 peratus isi blogger nih dipost oleh kak irah and to be honest i don't really read them (sori..).. sebab bende tu cam typical sebab takder perbincangan yg menyusul (salah saya jugak sebab tak mulakan).. I rather read forum MASA yg to me byk mende merapu tp ntah la.. fun.. pastu rasanya ramai lagi brothers yg bace forum tuh sambil tergelak2.. tp bila pergi usrah rpi.. mula mata kuyu bace 3 baris pon tak habis.. yer la.. serious reading.. bukan nak salahkan mana2 pihak.. cuma nak membawa antum sume meneliti situasi ni from my perspective..

Tak salah rasanya utk kak irah express her frustration regarding this blog and i know that she really doesn't mean to delete this blog :) mmglah.. klu ikut logic pon.. blog ni pon free jerk.. no worries pon kalau biarkan.. tp she wants to potray her dissapointment regarding this matter and wanted it to be taken seriously.. so saya menyerulah brothers yg pergi tamrin harituh utk relate this to one of the topics yg brother yasser present which is mujahadah. Masa ni pon ramai brothers yg tido so rasanya boleh refresh balik memory and rasanya this is a good starting point for me to 'report' what we learnt there. Dan semoga usaha saya yg sedikit ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri yg sering lupa dan selalu melanggar perintah Allah dan mengingkari laranganNya dalam sedar (astaghfirullah) dan juga kepada semua.. insyaAllah..

Tajuk: STRIVING WITHIN ONESELF IS THE ROAD FOR THE PIOUS TO ACHIEVE HAPPINESS IN THIS LIFE AND THE HEREAFTER.

Brother Yassir mulakan dengan memberitahu bahawa ada dua jalan untuk improve diri kita which is seeking knowledge and struggle with one's own self to control its desire.

Kita selalu berpendapat bahawa takper ade sedikit dosa dan jarang sekali kita memikirkan bahawa dengan dosa yg sedikit ni, kemungkinan kita dihumbankan ke dalam api neraka dan selalu kita rasa 'tak mengapa' utk pergi ke neraka sekejap sebelum masuk ke syurga sedangkan kita lupa bahawa the least punishment in hellfire is Abu Talib, only his feet went to hellfire tapi kesannya sampai menggelegak otak. Kita sering leka dan anggap kita ni dah baik sedangkan hassan al-basri sendiri sering menangis sebab takut Allah still akan humbankan dia ke dalam neraka. Kita kalau nak dibandingkan dengan dier macam langit dengan bumi..

Kemudian beliau memberikan analogy, seperti kita ada sebotol jus oren.. kemudian jatuh one drop.. just one drop of air kencing dalam minuman tersebut.. warna tak berubah.. bau tak berubah.. adakah kita akan minum? semestinya kita takkan minum kalau kita tahu dalam tu ada najis. So kenapa? kenapa kita boleh compromise nak tolerate dengan diri kita sendiri bahawa takpe ade sedikit dosa dalam byk2 amalan kita. tak malukah kita bertemu Allah dengan dosa tu? (pastu analogy saya sendiri :) memandai nak menambah..) kalau kita kat RPI ni sentiasa aim nak dapat perfect score and tak nak tolerate utk buat even the simplest mistake.. sentiasa bagitahu diri sendiri utk improve and minimize the mistakes and kalau boleh tak nak ade langsung dan bila ada rasa kecewa.. so.. kenapa kita taknak apply kat sini? and also according to him 'u're not going to heaven if you have sin' (dia ada justify sebab apa dia cakap camtuh tp tak jumpa plak dalam notes nih.. sori.. tp mmg convincing enough ar dia nye penjelasan.. boleh jugak klu nak refer kepada juice analogy)

So, utk mendapatkan improvement dan kemudian diri yg bebas dr dosa (mesti ada dosa sebab nobody's perfect tp kena azam utk takde dosa) kita kena struggle and strive dan inilah yg dipanggil mujahadah..

Mujahadah bukanlah buat sesuatu yg kita suka.. contohnya sorang ni suka makan sayur.. so bile dia nak makan sayur.. bukan lah mujahadah.. tp klu org tu tak suka makan sayur.. tp dia paksa diri dia makan sayur utk kepentingan kesihatan dia.. then barulah dipanggil mujahadah..

IMPORTANCE OF MUJAHADAH

Ibnu Qayyim dalam kitab dia Zaadul Ma'ad ada menggariskan..
- The struggle to learn guidance and the religion of the truth
- The struggle to work with this guidance
- The struggle inviting to the truth
- Be patient with the people

Ada satu peumpamaan yg mengatakan..
'Jika ingin memetik mawar merah, hendaklah bersabar menghadapi duri '

And kalau ikut logic pon (tambah sendiri lagi..) kita study bagai nak rak, struggle bukan main lagi dari upsr sampaile ke univesity.. tak pernah rehat.. pursued single mindedly.. kalau nak ikut kaca mata dunia takde ape pon.. ganjarannya cuma mungkin.. mungkin dapat keje dalam aircond and tak payah susah2 sangat.. kalau ikut logicnye.. utk daki dunia yg sedikit ni pon kita gile boleh nak struggle sampai berjaga malam nak siapkan homework siap boleh tido kat vcc lagi klu ada projek tak siap.. takkan la kita takleh nak struggle untuk mendapatkan syurga Allah yg Maha hebat yg tak terbayang oleh pemikiran yg mana kalau dapat mende ni, tak payah nak pikir mende lain lah.. macam kat dunia ni.. lepas satu2.. contohnya lepas spm dpt keputusan tinggi.. lega kejap pastu best dpt gi rpi.. dtg rpi.. byk plak homework, assignment etc.. pastuh setelah berpenat lelah.. dptlah degree.. pastuh dah lega ke? pastu kerje plak.. ingatkan dpt kerje best.. tp pening kepala lagi.. dengan politik dalam pejabat dan sebagainya.. pastu kerje pon stress.. and kalau sumer berjaya pon.. rumahtangga lagi.. dapat plak isteri yg tak memahami or anak2 yg manyakitkan jiwa.. so.. tak terbanding dengan syurga Allah yg mane kalau kita berjaya masuk.. Alhamdulillah. dah tak payah pikir dah.. selama-selamanya.. i repeat.. selama2nya.. and saya sendiri pon takleh nak membayangkan konsep selama-lamanya.. sebab tak terjangkau.. sampai bila.. dua juta tahun? nak bayangkan kehidupan selama dua juta tahun pon tak reti..sebab hidup selama dua puluh tahun ni pon dah lama sgt rasanya.. pastu cuba bayangkan masuk neraka.. kalau masuk neraka selama-lamanya.. lagi la takleh nak byg.. sampai bilakah penyeksaan akan berakhir.. ada satu ayat yg sgt menggerunkan para ulama' dan ahli sufi.. Allah berfirman.. 'wala yaziduhum illa 'azaba'.. yg mana maksudnya 'dan tidak akan kami tambah kepada mereka (ahli neraka) kecuali azab'.. maksudnya.. kalau hari ni sejuta celcius.. esok mesti naik.. sejuta satu celcius ker.. so dalam pemikiran ahli neraka ni takkan ada pemikiran bahawa esok azab akan berkurangan.. contohnya kalau kat sini kita masuk penjara.. pastu kena rotan 8 kali.. dalam pemikiran kita mesti terdetik.. mungkin esok aku tak kena rotan.. tapi bagi ahli neraka.. tak terpikir.. so bayangkan lah.. klu duduk di neraka tu selama2nya.. kalau lepas dua ratus juta billion tahun.. ntah berapa celcius la neraka tuh.. na'uzubillah..

(ok.. balik kepada perbincangan td.. seronok plak explain..)

Seterusnya Bro Yasser bagitau.. knowledge alone is not enough..
Contohnya.. some physicians drink alcohol and smoke eventhough they know best about the evil of drinking and smoking..
So kat sini dia emphasize.. walaupun byk mane ilmu pon.. tapi klu tak amal tak guna jugak.. and then he said.. theoretical knowledge is not a proof that you know anything.. contohnya.. kita belajar engineering.. walaupun kita dah belajar dan dah grad.. still takkan dipanggil engineer kalau kita tak kerje and buat engineering work.. sebab tu la masa mula2 grad.. org mcm berhati2 nak amik pekeja sebab derang tak tahu lagi kita ni reti ke tak.. tp bila dah ade experience baru lah kita boleh dipanggil engineer.. same jugak kat sini.. kita tahu ape yg baik ape yg tak, camne cara nak jadi mukmin.. camne cara nak masuk syuga.. kita takkan jadi mukmin sehingga kita practically buat apa yg dah digariskan...

So.. mende ni semua need practical steps.. such as fasting and qiyamullail..
also he said..
- performing worship alone is not enough
- you have to train yourself, and struggle with yourself until your heart squeezed
- always remember your wrong doings with a lot of sorrows and regret.. mende ni sgt penting according to him since kita selalu melengah-lengahkan taubat.. pastu dia cakap.. tiada taubat tanpa air mata..
- kemudian kita kena selalu imagine berapa laju kita akan melalui titian sirat nanti. Adakah kita nak merangkak or nak pergi sepantas kilat.. masa nak struggle tu.. selalu la ingatkan diri kita bahawa kita buat sumer nih utk memudahkan kita meniti titian sirat nanti..

Kemudian dia cerita bagaimana Arabs Jahiliyah boleh transformed dr satu kaum yg tak bertamadun kepada satu kaum yg kemudiannya penuh dengan sifat2 luhur sehingga boleh ke satu tahap menawan 3/4 dunia..

Mula2 derang diwajibkan solat tahajjud selama setahun.. menurut beliau, solat tahajjud ni sangat penting utk membina ketahanan jiwa.. mmg saper yg tak dpt istiqamah solat tahajjud ni jgn mimpi la nak pergi berjihad.. kita pon sendiri tahu kan betapa susahnya nak bangun tahajjud.. dan kalau boleh bangun sekali pon.. susah betul nak istiqamah.. tp kenalah struggle.. paksa diri.. ingatkan ganjaran yg Allah nak bagi td.. ianya jugak satu cara utk membersihkan jiwa.. konsep paksa diri ni sgt penting dalam Islam.. bila kita train diri kita utk control desire kita dan biasa dgn kesusahan barulah kita akan biasa dan tahan dgn kesusahan lain.. bak kata pepatah.. alah bisa tegal biasa.. so.. sebab tu lah.. lepas tu bila dakwah di buat secara terang-terangan, iman para sahabat begitu mantap dan dpt mengharungi segala penderaan dan tohmahan dengan kesabaran.. sebab dah biasa train diri dengan kesusahan.. para nabi sendiri diwajibkan qiyamullail.. utk apa.. tak lain tak bukan utk membina kekuatan jiwa inilah.. sebab itulah para nabi dan rasul mampu utk menghadapi segala tohmahan dan kesusahan sepanjang menyebarkan Islam..

Oleh itu, kita pon kenalah struggle and strive utk bangun tahajjud.. mmg susah.. terutama saya sendiri.. kalau nak tgk dalam kelompok brothers.. saya la antara yg paling malas nak bangun tahajjud nak banding dgn yg lain.. tp kali ni tak peduli.. nak bitau jugak kat sini suruh org lain bangun tahajjud semoga diri ini teruja dgn kata2 sendiri.. insyaAllah.. azam..

Pastu bro yasser membawa kisah Anas bin Nadr yg syahid di uhud dengan kesan 80 injuries dan org tak cam mayat dia kecuali sister dia yg cam mayat die dari jari dia.. ceritanya camnih.. dia terlepas perang badar.. so dia berazam utk pergi perang yg akan dtg.. so dia pon bersedialah utk berperang dengan berqiyamullail tiap2 malam.. so.. bile tibe perang uhud.. dia pon dengan bersemangat sekali pergi sehingga org cakap tiadalah yg lebih hebat di medan uhud bertarung selain anas bin nadr, setiap kali terkena tusukan pedang ke panah ke.. dia tak peduli dia terus berjuang.. biasa kalau org perang.. kena satu panah ke apa ke.. terus down dek kerana kesakitan yg teramat sangat.. tp anas bin nadr walaupun terkena panah dia tak peduli dengan kesakitan tuh.. sebab jiwa dia dah terlampau kental dan biasa dengan kesusahan.. dia terus berjuang sehingga badan dia terjatuh kerana dah takde daya dah nak bangun dan begitulah dia syahid..

GENERAL WAYS TO STRIVE

- Bringing alive the love of Allah in our hearts.
- Reviving the fear of Allah by remembering the destination of the transgressor.
- The strong will and desire to face ones desire with fearing Allah and hoping for the mercy of Allah (Khauf and Raja') kat sini beliau ade terangkan pasal konsep khauf dan raja' yg mana kita kena balance antara keduanya.. dan tidak lengkap satu tanpa yg lagi satu..

Ape yg dimaksudkan dengan general ways (from my perception) ialah bende yg biasa org buat.. yg mmg kena buatlah.. to a certain extend compulsory kalau nak dikategorikan sebagai org yg beriman.. satu lagi ialah special ways.. yg mane maksud dia cara yg specific utk utk ajar diri kita strive..

SPECIAL WAYS TO STRIVE

antara cara2 special utk strive ialah
- Leave one habit, like drinking coffee..
- Leave a type of food on the dinner table

yg dimaksudkan di sini ialah.. contohnya kita suka sgt minum kopi dan tiap2 hari mesti minum kopi.. so kita kena buang tabiat tuh supaya jgn sampai ianya menjadi tabiat.. sebab bila kita addicted to something.. mungkin ianya akan menjadi penghalang kepada kita dalam menyebarkan dakwah..

contohnya imam hassan al-banna.. ada satu hari tuh dia naik keretapi dengan sorang pengikut dia.. and then pengikut dier merokok.. pastu imam hassan al-banna tanya.. selalu ke kamu merokok? pengikut dia cakap ye.. kemudian beliau cakap.. cuba kamu bayangkan kamu masuk penjara.. kemudian pegawai penjara tu tease kamu dengan merokok depan kamu.. kemudian sure kamu terliur.. so dgn sebab tu.. saya menyeru kamu supaya berhenti merokok.. pengikut dia ni berhenti merokok.. dan beberapa tahun lepas tuh.. ditakdirkan pengikut dia ni betul2 masuk penjara dan bila dalam penjara.. pegawai penjara tu betul2 tease dier dgn merokok.. tp dia dah tinggalkan tabiat merokok tu so alhamdulillah.. dia tak kesah pon.. so begitulah contoh bagaimana tabiat kepada sesuatu boleh menjadi penghalang kepada struggle dalam dakwah kita..

Seterusnya bro yasser memberi suggestions bagaimana nak aplikasikan mende nih.. contoh nya kalau kita kurang bercakap.. bila ada satu perjumpaan suka mengambil dasar berkecuali.. dasar tunggu dan lihat, tak nak ambik bahagian, malu utk ke depan.. sifat2 ni semua sgt tak bagus utk seorang da'i sebab da'i kena berani ke hadapan dan berani utk ke depan.. so menurut beliau.. the reason being mungkin sebab org tuh kurang ilmu so sebab tu la dia tak konfiden nak membicarakan mende2 nih sumer.. so apa yg dier kena buat ialah banyakkan bacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kalau boleh establish organize reading so that setiap hari pengetahuan kita bertambah dan sampai satu tahap kita konfiden utk memberikan pendapat dan sebagainya..

Kemudian kalau kita ni jenis yg suka sgt cakap.. kalau ada perjumpaan tu asyik dia je nak cakap.. tak berenti2.. so golongan ni pon kena beware jugak sebab narrated by at-tirmizi from mu'az bin jabal.. Rasulullah pernah bersabda.. " The tounge is the main reason people get thrown to the hellfire" hadis sahih.. so klu kita termasuk golongan ini.. berhati2.. cakap bila perlu jerk.. kire kita punya default is silence.. and bercakap ni seolah2 sgt susah.. first2 mmg la kena struggle tp begitulah main pointnyer.. tp jgn la sampai terus senyap sampai takde senda gurau.. melampau la pulak kan..

So, kesimpulannya kena balance.. dan utk balance tu kenalah kita struggle.. dan kenalah selalu ingat ganjaran yg mananti kita bukannya sedikit.. takkan lah kita nak dapat masuk syurga Allah dengan senang je.. mane ade bende senang kat dunia nih.. nak pergi tamrin pon berape byk duit kena keluarkan.. nak cari duit nak beli imac G5 pon susah.. nak beli kereta lagilah.. so.. mmg logic la kiter kena susah.. bak kata pepatah.. bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.. dan kita kena cepat sebab kita tak tahu bila maut menjemput kita.. mane tahu esok.. so.. sesamer lah kita.. so mula2.. cara kita nak ajar diri kita struggle.. ialah join dan imarahkan blog usrah rpi nih.. aktifkan perbincangan yg insyaAllah akan memberi manfaat pada kita.. kalau tiba2 ada permasalahan yg rasanya sesuai utk dikongsi.. postkan.. share ramai2.. org lain pon.. ramai2 bagi pendapat.. baru lah kita dpt exchange maklumat.. mmg la susah byk keje, assignmentm final pon dah nak dekat.. tp jgn lupa.. mane tahu dengan sedikit maklumat yg kita share.. sedikit pendapat yg kita keluarkan.. Allah masukkan kita ke dalam syurga selama-lamanya.. sampai bila? pikir sendiri..

Last sekali.. ingin sekali nak sahabt2 sumer perhatikan betul2 lirik lagu sebelum terlena oleh hijjaz.. sebab lagu ni sgt menyentuh jiwa..

Wassalam..


yg hanya pandai cakap,
zuhdi zamani



Sebelum Terlena..

Sebelum mata terlena
di buaian malam gelita
tafakur ku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
yg kerdil lemah dan bersalut dosa
mampukah ku mengharungi titian sirat nanti

membawa dosa yg menggunung tinggi
terkapai ku mencari limpahan hidayahmu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
dengarlah rintihan hati ini
tuhan, beratnya dosaku
tak daya ku pikul sendiri

hanyalah rahmat dan kasih sayangMu
yg dpt meringankan
hulurkan maghfirahMu
Andainya esok bukan milikku lagi
dan mata pun ku tak pasti
akan terbuka lagi

sebelum berangkat pergi ke daerah sana
lepaskan beban ini yg mencengkam jiwa dan ragaku..

selimuti diriku
dengan sutera kasih sayangMu
agar lena nanti
ku mimpikan syuga yg indah.. abadi

pabila ku terjaga
dpt lagi ku rasai
betapa harumnya wangian syurga firdausi
oh ilahi...

di sepertiga malam
sujudku menghambakan diri
akan ku teruskan pengabdianku padaMu...













3 Comments:

At 7:51 AM , Blogger nur mohamad said...

MashaAllah, jazakumullahu khairal jazaa' pd akh zuhdi sebab kasi post yang sungguh menyentuh hati. Semoga Allah tolong kita semua utk terus struggle.. for we were made to struggle. if not for Allah, then for worthless things like dunya. wa qad khalaqnal insaana fii kabad (surah al balad, ayat 4)

it is true and very sad (and not even funny) that we often would rather read post2 forum yang takde isi bernas than think about weighty and serious things. sesungguhnya jalan menuju Allah, dan beban yang seorang manusia sbg khalifah pikul ada terlalu berat. Dan orang yang berjaya akhirnya, adalah orang yang take life seriously dan betul2 usaha utk jalankan amanah. amanah bukan something yang senang dan penuh gelak ketawa.

azifatil aazifah
laysa laha min duuni lLahi kaashifah
afamin hazhal hadiithi ta'jabuun
wa tadhhakuuna wala tabkuun
wa antum saamiduun
fasjudu lilLahi wa'buduu
an Najm 57-62

the judgement ever approaching draws near:
no soul, but Allah can lay it bare
Do you then wonder at this recital?
And will you laugh and not weep?
wasting your time in vanities?
but fall you down in prostration to Allah, and adore (Him)!


so would we rather laugh and not weep?
wasting our time in vanities?

.. keep struggling, and begging.

 
At 10:18 AM , Blogger cupcake said...

Blognya sangat informatif.
Salam,
Santy - IdeBaru.com

 
At 7:40 AM , Blogger Barbara Hofmeister said...

Hi, this is a good blog on self improvement seminar. How often do you post new articles so I can come back in time?
If you are interested I also have great content on self improvement seminar at self improvement seminar
Again thanks

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home