Friday, April 14, 2006

Hari Jumaat. Melangkah ke Armory dengan hati yg keras. Imanku ibarat sine wave dan sudah lama berada pada bahagian menurun. Kenapalah susah sgt nak consistent. Dosaku sudah tak terhitung lagi banyaknya. Masihkah ada peluang untukku ya Allah? Aku takut untuk kembali kepadaMu kerana bimbang akan alpa lagi pada masa akan datang. Aku takut untuk bertaubat padaMu kerana bimbang akan ingkar lagi. Tidak kecil dosaku ya Allah. Malu.

Kisah Nabi Ayyub:
Syeikh Abdul Kadir Elmi berkhutbah. Aku amati kata-katanya satu persatu. Para nabi-nabi telah diuji oleh Allah dengan ujian yg sgt hebat yg tidak akan dpt ditanggung oleh saya dan kamu.
Nabi Ayyub mempunyai kekayaan yg banyak, anak lelaki seramai sepuluh org yg melambangkan kekuatan. Isteri-isteri yg ramai. Aku cuba bayangkan aku berada di tempat Nabi Ayyub. Kemudian dalam sekelip mata Allah tarik semuanya sehingga yg tinggal hanyalah bibir yg boleh berzikir serta seorang isteri yg setia menanti. Lalat mengerumuni badan yg berbau busuk. Tiada org yg mampu mendekati. Aku takjub. Bukan aku tak pernah dengar cerita ini, malah sudak berkali-kali. Namun bila aku dengar pada hari ini, aku tersentuh. Kalaulah aku berada pada situasi itu, pasti sudah gila aku dibuatnya. Pasti pujian kepada Allah bertukar menjadi sumpah seranah. Kemudian berterusan pula ujian ini bertahun-tahun lamanya. Bayangkan dengan lalat yg menerumuni pada setiap waktu. Bau busuk yg menusuk hidung setiap waktu. Hanya mampu berzikir sahaja. Kesakitan yg amat. Tp hati tetap tidak goyah. Pengharapan tidak pernah putus. Bersyukur kepada Allah, kerana masih dikurniakan hati yg bersyukur, lidah yg boleh berzikir serta badan yg sabar menghadapi ujianNya.

Kisah Nabi Sulaiman:
Kemudian ada pula yang diuji dengan kuasa. Jin, manusia dan haiwan semua tunduk kepadanya. Kekuasaannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia. Aku bayangkan pula berada di dalam situasi ini. Aku hampir pasti akan menjadi lalai, bongkak dan sombong. Malah akan sikit sekali ingat pada Allah. Jangankan kata kuasa sebesar itu. Dengan hanya mempunyai sebijik laptop pon aku dah boleh lalai.

Wahai Allah, janganlah aku diuji dengan sesuatu yg tak mampu aku hadapi. Lembutkanlah hatiku untuk menerima cahaya hidayahMu. Wahai Allah, kurniakanlah ketenangan untukku menerima perkara yang tak boleh diubah, kekuatan untuk mengubah perkara yg boleh diubah dan kebijaksanaan untuk membezakan antara keduanya.

1 Comments:

At 3:35 PM , Blogger asbah said...

ya Allah perlembutkan lah hati ini ya Allah, tetapkan lah hambamu ini di jalan yang lurus ya Allah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home