Saturday, November 01, 2003

Hadith 15

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:
"Let whosoever believes in Allah and in the Last Day either speak good or be silent. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his neighbour. Let whosoever believes in Allah and in the Last Day honour his guest."


[Al-Bukhari & Muslim]

Banyak yang dapat kita pelajari daripada hadith ini. Salah satu daripadanya adalah tentang percakapan. Alhamdulillah, kepada mereka yang selalu mengikuti halaqah Syeikh Mokhtar pada hari Selasa, kita selalu diingatkan untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada hati (sudah tentu, bukan dari segi fizikal) kita. Salah satu daripadanya adalah bercakap-cakap kosong, walaupun bercakap tentang perkara-perkara yang halal. Tetapi, sebagai insan, kita selalu terlupa. Dalam era teknologi sekarang ini, kita dilontarkan dengan pelbagai teknologi yang dikatakan boleh memudahkan kita berkomunikasi dan sebagainya. Contoh yang termudah untuk kita adalah "instant messaging" (di sini saya tidak bermaksud untuk melarang penggunaan "instant messaging"). Yang penting, kita harus pandai membuat keputusan tentang bila kita perlu bercakap, tidak kira di dunia realiti atau siber.

Adalah lebih teruk lagi jikalau kita bercakap tentang perkara-perkara yang tidak baik seperti mengumpat, mempersendakan orang lain dan sebagainya. Ini akan memberikan implikasi yang lebih kronik kepada hati kita dan juga kepada mereka di sekeliling kita. Muslim yang peka tentang erti sebenar kehidupan di dunia tidak seharusnya terjebak dalam perkara-perkara seperti ini.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang seseorang dibenarkan dalam Islam. Contohnya, jika seseorang itu merupakan orang yang boleh mengancam keselamatan orang-orang lain. Di dalam kes seperti ini, keselamatan ummah adalah lebih penting daripada seorang individu, yakni individu tersebut. Tetapi kita tidak harus lupa bahawa masih terdapat adab tentang bagaimana kita hendak memberitahu orang ramai tentang individu tersebut. Saya rasa saya tidak layak untuk memperbincangkan tentang adab-adab tersebut kerana saya sendiri tidak berapa arif. Mungkin ada di kalangan yang lain yang boleh membantu.

p/s - Dah lama tak buat esei mengikut tatabahasa yg betul (tu pun banyak yg tak betul)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home