Membaca dan menghayati Al Quran
Berkata Hassan Al Basri rahimahullah. Orang-orang yang terdahulu dari kamu menggangap lembaran lembaran Al Quran sebagai surat-surat yang dikirimkan oleh Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba meneliti diwaktu malam supaya dapat ia dilaksanakan diwaktu siang
kelak.
Berkata Abu Zar Sekali peristiwa Rasullullah Sollolahualaihiwasalam bangun malam untuk bersembahyang bersama-sama kita disebabkan ayat-ayat berikut seraya menangis apabila membaca ayat ini
Firman Allah Azzawajallah
Kiranya Engkau menyiksa mereka itu, maka mereka adalah hamba-hambaMu, jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Kuasa dan Bijaksana (Al Maidah 118)
Pengajaran:
1)Orang-orang terdahulu benar-benar memahami maksud dan ayat dari AlQuran kerana
a) Mereka mengenal Allah dengan pengenalan yang dalam (Makrifatullah)
b) Setelah itu Mereka yakin bahawa Al Quran adalah kalam Allah
2)mereka' dalam ayat diatas merujuk kepada ummah Nabi dimana kita dapat lihat betapa cintanya baginda kepada ummahnya. Setiap malam dan setiap masa mengingati ummahnya. Timbul satu persoalan pernahkah kita sebagai ummah menangis walau seketika kerana cintakan baginda?
moga Allah golongkan kita dalam orang yang mencintai Al Quran.. ameen
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home