Saturday, February 12, 2005

Pengisian Bulanan


Assalamu 'alaykum wa rahmatullah,
Sahabat-sahabat, ikhwah, dan akhawat yang dikasihi fillah.
Semoga dalam keadaan sihat, kestabilan iman dan ketinggian amal.

InshaAllah kita akan adakan pengisian teleconference setiap bulan oleh ustaz yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Ustaz Joban daripada IMSA (Indonesian Muslim Student Association). Sahabat-sahabat semua dijemput untuk mendengar pengisian teleconference bulanan melalui Yahoo Messenger pada kali ini.

Maklumat bagi pengisian teleconference pada bulan Februari kali ini adalah seperti berikut:

Masa: 9.00 am (US Central Time) / 11.00 pm (Malaysian Time)
Tarikh: Ahad, 13 Februari 2005
Penyampai: Ustaz M Joban
Yahoo ID: misgvandy

Sila add/message Yahoo ID tersebut untuk diinvite ke dalam yahoo conference nanti. Bagi sesiapa yang belum mendownload Yahoo Messenger, bolehlah mendownload di
http://messenger.yahoo.com/ .

InshaAllah Ustaz Joban telah bersetuju untuk menjadi murabbi tetap kita setiap bulan bagi pengisian bulanan tersebut. Sahabat-sahabat digalakkan agar mengajukan soalan dan pandangan kepada ustaz agar objektif mendalami dan memahami ilmu dapat dicapai inshaAllah.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Semoga input yang didapati nanti dapat membuahkan amal dan dapat menjadi bekalan dan panduan kita dalam menyeru manusia kepada Allah.

Allahu a’lam.
Jazaakum Allahu khayran katheera.

Wassalam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saiful Islam Kamarudin
Vanderbilt University

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home