Tuesday, December 21, 2004

Hakikat wirid selepas solah

Isthigfar

Isthigfar sebenarnye bertujuan utk mendapat keampunan kerana membuat kesalahan dalam solah. Sedar atau tidak, kita sebenarnya banyak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dalam solah. Contohnya mengingati perkara selain Allah. Cubalah kita fikir adakah perkara yang lebih baik dari Allah Azzawajallah untuk diingati ketika solah? Kadang-kadang kita terfikir kunci kita letaknya dimana, bagaimanakah grade kita dalam periksa dan sebagainya dalam solah. Walaupun sound funny for some people tetapi bila kita fikir balik satu soalan pasti akan muncul di hati kita " Aku comparekan Allah dengan kunci ?!". Malah apakah pula bezanya jika kita berkata-kata didalam hati dengan berkata-kata dimulut semasa solah disisi Allah.

Kalau kita mendengar org berkata-kata dalam solah, maka kita katakan dia biadap dan tak menghormati solah. Begitu juga kalau kita berkata-kata dalam hati apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap kita? Pernah seorang abid berkata " Aku tahu bila Allah mengingati aku...yakni ketika aku mengingati Dia. Dari sini kita dapat rumuskan bahawa kalau dalam solah pun Allah 'tidak mahu mengingati kita" apakah sebenarnya kedudukan kita disisi Allah?Kadang-kadang kita melihat orang menguap dalam solah. Kita tentu dapat rasakan bahawa seorang cikgu tentu akan berasa sedih kalau anak muridnya menguap ketika dia sedang bersungguh-sungguh mengajar. Begitu juga dengan Allah. Sudahlah seharian kita lupakan Allah, dalam solah yang tak sampai 10 minit itu pun kita sanggup menjualnya utk perkara yang muhal lagi duniawi.

Hikmah disarankan kita mengucap isthigfar paling kurang tiga kali adalah disebabkan kecacatan dalam ungkapan itu sendiri. Dengan kata lain kita meminta ampun terhadap kalimah isthigfar itu sendiri. Kadang-kadang ungkapan itu tidak ikhlas dan tidak dalam hati. Oleh itu isthigfar yang ketiga itu adalah isthigfar utk yang pertama.

Kalimah tauhid selepas istigfar

Hadith fadilat lebih kurang marhumnya
Sesiapa membaca (kalimah tauhid tu selepas istigfar) sebanyak sepuluh kali, pahala yang hamba itu akan perolehi adalah seperti membebaskan hamba dari keturunan Ismail as. Bukankah itu sudah cukup kuat utk mendorong kita melakukan perkara itu?


Allahuma ajirna minnar

Sesiapa yang membaca kalimah ini , Neraka akan mendoakan agar hamba ini jauh darinya(Subhanallah). Neraka sendiri mendoakan utk kita.

Allahumaanta salam wamika salam..

Inilah doa utk keamanan dan kesejahteraan. Hidup ni tak selalunya bagus. Kadang-kadang aman kadang kadang kacau bilau. Semua orang pun ada masalah sendiri. Namun kalimah ini mengingatkan kita bahawa kesejahteraan dan keamanan datang dari Allah source of peace. Kita mendoakan agar kita tenang dalam menjalani hidup ini

SubhanaAllah 33 kali

Walaupun tak tahu betul ke idak cerita ini tapi nak cite jugak kot

1)Ketika Allah menjadikan Arasy (singgahsanaNya) malaikat yang memikul nya terase berat. Mereka mengadu kepada Allah. Kemudian Allah pun mengilhamkan supaya mereka membaca SubhanaAllah. Berkah kalimah itu Arasy itu menjadi ringan.

2)Kisah Puteri Rasulullah s. a. w. Yang Bernama Siti Fatimah r. a.
......Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri. Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya. Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali.".....

Cuba kaitkan cerita 1 dengan cerita 2 Kat sini kita leh rumuskan bahawa

1) SubhanAllah memberi kita kekuatan dalaman utk menempuh hidup ini
-Dengan SubhanAllah malaikah berupaya memikul Arasy
-Dengan SubhanAllah ia lebih utama dari seorang hamba


insyAllah bersambung..

p/s actually cite pasal Fatimah tu sedih jugak sebenarnye..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home