Tuesday, February 01, 2005

Solah

Biasanya ketika Israk Mikraj , ceramah-ceramah kat majis selalunye berkisar kepada Israk Mikraj. Satu hari tu aku pegilah satu ceramah berdekatan dengan tempat kediaman. Sebab selalunya ade more ngan makan-makan. Ustaz tu memang femes kat situ. Dalam ceramah tu kadang-kadang diselitkan dengan jenaka yang menghiburkan hati. Tu yang syok gi ceramah dia. Teringat aku ketika die menyampaikan ceramah pasal Israk Mikraj ustaz tu ade mention pasal perintah solat dan bagaimana solah itu diturunkan direct to Rasullulah Saw. Tetiba je ade satu mamat yang hadir same di majlis itu mengangkat tangan seraya bertanya

" Heheh ustaz-ustaz kalau la Nabi Muhammad Saw naik lagi sekali, tentu kita dah takyah semayang kan, sebab sekali Baginda naik solah dikurangkan lima. Kalau naik sekali lagi sure takde perintah solah kan," begitulah lebih kurang soalan yang ditanye mamat tu. Dengan tersengih-sengih dia pun ketawa diikuti dengan hilai tawa pakcik pakcik ngan budak budak kecik yang sememangnya dari tadi membuat bising. Ada yang sampai terbatuk2 . Aku pun turut serta ketawa. Ala walaupun lawak ni banyak kali aku dah dengar tapi bak kate orang evergreen.

Tetiba ustaz tu berkata

" Sebenarnya perintah solah ni kite kene tengok berlainan sikit" Hadirin kat sana mula menumpukan perhatian.Aku menjenguk-jenguk utk melihat reaksi ustaz. Ape ke hal ni? Disebalik ayat-ayat itu ada satu keseriusan, cukup kuat mematikan suasana girang sebelum ini. Hening..

" Allah menurunkan perintah solah kerana Dia mahu menemui hambaNya. Ingin diberinya rahmah, kasih sayang dan rezeki kepada hambaNya. Para Nabi Allah 'diajak' menemui Tuhannya bukan 50 kali tapi beratus ratus kali kerana rindu dan kasih sayang Tuhan kepada hambaNya itu. Kita tidak boleh mengatakan yang kita yang mahu bersolah tapi sebenarnya atas taufiq dan inayahNya. Nah sekarang bagitau saya berapa kali Allah menemui kita sehari. Malah adakan Allah mahu menemui kita betul-betul pada waktunya atau kita 'disengaja lewatkan utk tidak mengerjakannya."

Aku terus menelan air liur. Satu-persatu perkataan cukup sinis bak pisau pemotong daging.

"Kadang-kadang kita beranggapan kerja dan aktiviti kita menghalang kita dari menunaikan solah dengan sempurna. Tetapi pernah kah kita memikirkan sebenarnya Allahlah yang menyibukkan kita dengan kerja itu agar kita takkan menemuiNya?"

" Pakcik-pakcik dan anak-anak sekelian. Rama-rama akan tertarik dengan bunga. Lalat pula akan tertarik dengan benda yang kotor. Pernahkah kita memikirkan kenapa kita tidak khusyuk dalam solah? Ya memang kerana syaitan yang mengganggu. Apa sebenarnya yang menarik syaitan kepada kita. Jawapan nya dosa yang lebih kotor dari kotoran dunia yang ada didalam hati. Mudah sahaja. Tidak khusyuk jawabnya, dosa masih dihati. Itulah penting wuduq"

Aku rase mase tu semua orang senyap. Mamat yang bertanya tadi teruih tunduk kepala. Kalau aku pun aku dah lame menyorokkan diri kat mane mane ceruk yang termampu aku pergi.

" Pakcik2, kita secara paksa dan sukarela kene semyang. Kalau tak semayang nanti orang kate ape pulak. Tapi pernahkah kita rasa kemanisan sembahyang selama ini. Kalau tak manis takkan selepas ini kita nak 'sengsara' menunaikan benda yang kita takde peroleh langsung manfaatnya. Kalau saya berumur 30 tahun dan saya akan mati pada 60 tahun takkan saya nak semayang dengan keadaan begini 30 tahun selepas ini?

Lepas abih ceramah tu aku terus beredar tanpa menjamah makanan pun. Tah takde mood kot.

1 Comments:

At 2:27 AM , Blogger msukran said...

Assalamualaikum

MashaAllah, a very beautiful post with great reminders.. anyone would like to translate for our non-Malaysian members? :D

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home