Monday, March 07, 2005

Dosa

Ingatlah wahai orang yang mahu mendengar dan merenung..walaupun seluruh jin dan manusia ingin meninggalkan agama Allah, Darjah Allah tidak akan turun sama sekali pun. Walaupun seluruh jin dan manusia mahu memegang agama Allah Darjah Allah tidak akan naik walau sedikit pun.Pernahkah dalam setiap saat dan setiap masa seluruh makhluk Allah taat kepadaNya? Bahkan tidak pernah walau sesaat. Dosa tidak akan memudaratkan sesiapa bahkan diri sendiri. Malulah pada Allah terhadap dosa yang disengajakan. Dosa akan mengaburi hati mukmin untuk melihat kebenaran. Dosa akan menyebabkan hati tidak tenteram kerana Penciptanya sendiri akan mencampakkan rasa bersalah didalam hati itu. Dosa akan merosakkan cermin hati sehingga setiap cahaya kebenaran akan dipesongkan menghasilkan gambar yang tidak benar. Ingatlah balasan Allah sangat keras terhadap hamba-hambaNya yang sombong terhadap perintahNya. Setiap dosa akan dibalas baik sebagai balasan mahupun ujian bagi hambaNya yang bertaubat. Adakah mati tidak cukup menjadi peringatan kepada kita..? Mengapa kita mahu membangkang sedang dosa itu adalah mudarat dan tiada kebaikannya? Mengapa kita mahu merasa bangga dengannya sedang malaikat maut mengenal kita lebih dari Ayah kita.. ingatlah dimana saat nyawa di halkum disaat dipaparkan kedudukan kita disana barulah kita sedar betapa ruginya kita. Adakah setelah mengetahu hakikat bahawa hanya ada dua keputusan yang akan menantikan kita di sana tidak menggoncangkan hati kita?







2 Comments:

At 1:14 PM , Anonymous Anonymous said...

mengapakah aku tidak berasa gentar dengan peringatan ini? adakah ini bermaksud hatiku sudah begitu gelap untuk menerima cahaya kebenaran? adakah aku masih tidak sedar akan realiti hidup ini? adakah aku masih tidak mengerti kedudukan hamba dengan penciptanya? mengapa aku masih tidak mampu untuk membezakan sesuatu yg fana dengan yg kekal abadi? wahai diriku yg hina.. sedarlah..

 
At 10:35 AM , Blogger asbah said...

Bismillah,

Satu pagi yang indah,
Aku melompat bangun dari katilku,
Ku ucap kalimah alhamdulillah,
Mudahnya aku bangun pagi ini,

Zikrullah menjadi temanku,
Mataku tunduk menjaga hati,
Subhanallah,
Mudahan inilah diriku untuk hari-hari seterusnya

Namun,
Sebelum mata terlena,
Nafsu mula menguasai diri,
Hati mula bergelora,
Lidah mudah berkata-kata,
Zikrullah mula dilupai,
Dosa berputik semula,

Di pagi hari,
Sukarnya untuk diri ini bangkit,
Katilku memanggil-manggil,
Ku kembali dalam lena,
Hatiku semakin lemah,

Ya Allah,
Ampunilah dosa hambamu yang amat lemah ini,
Kupohon keampunan dari Mu,
Jauhkan diri ini dari nifak dan kufur,
Sesungguhnya hambamu rindukan hati yang sentiasa ingatkan Mu.

Ya Allah,
Tenangkan hatiku

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home