Sunday, April 16, 2006

Jemputan Kahwin

Pengantin Lelaki

Faiz Sahri dilahirkan di Shah Alam pada
24 Ogos 1981
Pengantin Wanita

Nur Zahirah M Sukran berasal dari Putrajaya dan dilahirkan pada 14 April 1981

Laman Perkahwinan

Doa untuk dibaca kepada dua mempelai:

Barak Allahu lakuma, wa barak 'alaykuma, wa jama'a bainakuma fi khaeer. (May Allah bless both of thee, and shower His blessings on both of thee, and gather both of thee in goodness :: lebih kurang begitulah maksudnya)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Aduhai kasih aduhai
Belaian mawaddah mendamba rahmah
Renggutan rindu menggamit kalbu
Semerbak haruman kuntuman bunga
Seindah sinaran mentari senja
Sungguh, ku rasa bahagia.

Izinkan kami berpimpin tangan
Bertautan hati dipayungi ridha Tuhan
Membina mahligai baiti jannati
Mengimpikan keharmonian hakiki
Dari kefanaan dunia
Ke satu negeri yang abadi.

Jemputan kahwin kami hulurkan
Kepada tuan puan sahabat dan taulan
Ayuh kita ikut sama raikan
Ikatan suci majlis perkahwinan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home