Wednesday, December 08, 2004

Assalamualaikum warahmatullah,

Perlumbaan Manusia adalah dalam Agama

Semua orang kat dunia ni dilahirkan dalam keadaan yang berbeza-beza. Ade yang dilahirkan sempurna ade pulak yang dilahirkan cacat anggota badan. Ade pulak tu yang lahir dalam keadaan yang kaya dan ade pulak yang miskin melarat. Pendek kate semua orang berbezalah dari yang lain.

Ramai orang berlumba-lumba nak jadi kaya. Sebabnya orang kaya dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai orang yang mulia. Ramai orang juga berlumba-lumba nak jadi pandai. Sebabnya orang pandai dipandang mulia oleh masyarakat sebagai orang yang mulia. Tapi bagaimana pulak makcik makcik yang menjual kuih, pakcik-pakcik yang dok angkut sampah, penjaga zoo, drebar bas, pembawa beca (teringat lawatan gi melaka ) dan jaga sekolah? Agak-agaknya sape la diorang disisi masyarakat kalau masyarakat menilai orang dari segi kaya dan pandai..

Logiknya kalau nak berlumba, perkara yang dilumbakan tu mestilah same supaya perlumbaan itu adil. Ala cuba ingat mase kite kecik-kecik dulu.. mase main lumba-lumba ngan kawan2. Bile kawan kite start dulu kite pun mencemuh " we mane aci hang start dulu. ni yang aku maleh kawan ngan hang ni". So bende yang nak dilumba kene la sama. Dari sini cuba kite pikir (walaupun kita dah tahu tapi just for the sake of argument) ape bende yang Allah kasi kat hamba die yang hamba lain pun dapat benda jugak benda tu? Adakah perlumbaan itu diletak pada kekayaan,paras rupa, kepandaian,status,strata, fame dan sebagainya?

Dengan agama semua orang adalah sama. Kita diberi hati yang same utk dicultivate dengan iman. Sapa yang banyak beramal dialah yang mulia disisi Allah. Drebar bas leh kawan ngan ceo, Ceo leh beli kuih dari makcik jual kuih tanpa rase segan dan sebagainya. Jaga sekolah akan manis dipandang walaupun garang. Sebab nilai kemuliaan hanya diletak disisi agama. Zaman Rasullulah adalah bukti yang paling kuat.Leh ke kite imagine betapa cantiknye perlumbaan ini?

4 Comments:

At 2:25 PM , Anonymous Anonymous said...

nabda' bismillah .. let's the race begin!

 
At 3:03 PM , Blogger asbah said...

sometimes i felt myself was on the front of the race ... then i realized when i woke up .. that was just a dream ... a was far behind ... my nafs is still in control ...

 
At 8:48 PM , Anonymous Anonymous said...

sadaqta maa shaa' Allah :)

 
At 6:52 AM , Blogger abli said...

satu pengisian dan analogi yg menarik oleh rahmat. yaa, memang persaingan sihat secocok dgn ajaran islam selagi ia bersifat positif dan membawa manfaat. sememangnya banyak pelajaran dan pengajaran yg harus ditimba drpd tradisi dan kisah pd zaman rasulullah saw beserta dgn zaman salaafus-saaleh, para tabi`iin, dan juga para tabi`i-tabi`iin.

kadang kala kita asyik dan terleka dgn janji2 palsu duniawi hingga kan kita agak 'tergelincir' drpd landasan perlumbaan. lebih teruk lagi apabila kita terus tersasar. tetapi Tuhan Maha Adil lagi Maha Pengampun. semoga kita senantiasa berada di landasan yang benar, gigih mengharungi perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat. terima kasih kpd rahmat ke atas peringatan bermakna. allah ya baraka feek...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home