Tuesday, August 15, 2006

masjid
tempat dimana
orang meletakkan jawatannya di depan pintunya
membuang segala pangkat dan darjat
lalu mereka sujud utk mencium muka bumi tempat asal usul mereka
meminta ampun kerana keangkuhan dan kealpaan
kerana sepanjang hari kaki memijak muka bumi
kaki yang penuh nista
memijak muka ibunda
muka bumi tempat asal manusia
apa lagi mahu ditawarkan sebagai bukti keikhlasan
keikhlasan bahawa mereka sedar asal usul mereka
melainkan sujud yang menyamaratakan muka mereka
dan muka bumi

masjid
tempat dimana
kamu menyangka
sedumu mampu membuka pintu langit
namun ia tenggelam
dalam tangisan dan keluhan
hamba-hambaNya yang lebih getir ujiannya

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home