Tuesday, November 28, 2006

tawakal

Hari ini engkau mempunyai sejuta di tangan atau kau mempunyai seringgit di tangan, itu tidak bisa mengubah keyakinanmu bahawa Allah jualah yang akan membantumu melunaskan hutangmu yang berjumlah sejuta pada keesokan harinya-scholar

Saturday, November 04, 2006

“Kenapa Allah tak jadikan semua manusia ni baik,”

kalau kite baca surah Al Baqarah ade diterangkan pasal kejadian manusia

Surah Al Baqarah ayat 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

kan selalu orang tanya kenapalah Allah tak jadikan manusia ni semua beriman..so takdelah orang yang masuk neraka..buat kemungkaraan dan sebagainya.

selalunya soalan tu datang dari atheist bila nak refute pasal ketuhanan

tapi kan soalan tu actually bukan manusia yang pertama tanya soalan macam tu actually yang tanya dulu ialah malaikat…cuba tengok ayat yang bergaris tu

as if malaikat tanya Allah kenapa tak jadikan manusia macam kami…beribadat bertasbih dan berbuat kebaikan
sama sungguh soalan tu as if Allah dah kasi tahu kan kita yang soalan tu memang manusia akan tanya

sebijik macam cara kita tanya asal tak jadikan aku ni baik je terus takyah la aku ni terjerumus dalam maksiat dan sebagainya

p/s bersambung