Tuesday, January 30, 2007

Batu-batu

sekadar reflection

Aku merasakan hati manusia ni macam batu-batu kat muka bumi ni. Since cahaya adalah sama, bila cahaya tu jatuh ke batu-batu tu masing-masing memancarkan warna sendiri. Lain pulak seperti intan dan emas cahaya yang sama tu akan memantulkan warna-warna yang sangat cantik

Tapi apa beza antara batu-batu tu dengan intan dan permata. Bezanya adalah intan tu dah melalui pelbagai proses seperti tekanan yang tinggi. Malah sebenarnya intan tu adalah hasil dari carbon…dan grafit pun dari carbon jugak. Tapi properties diorang lain..intan adalah galian yang paling keras walhal grafit ni adalah bahan yang mudah pecah.

Emas pulak dikatakan pure bila kita panaskan untuk membuang impurities. Tapi proses tu sangat intense kita kene bakar emas tu..melt kan dia dan barulah impuritiesnya baru keluar. Lepas tu emas tu jadi lawa

Aku rase hati manusia macam tu jugak. Cahaya illahi tu sama je macam cahaya matahari…memancar pada setiap hati2 manusia..tapi the question is what kind of heart yang received cahaya tu

Ada hati yang keras dan hitam…maka cahaya yang putih tu akan direflect sebagai warna hitam. Walaupun cahaya tu putih tapi still reflection dia hitam

Tapi ada hati yang macam intan. Bila cahaya yang putih tu jatuh kat batu tu..bukan je warna putih malah bersinar2 lagi.

Tapi hati intan tu hanya akan terjadi apabila hati itu sabar menerima ujian dari Allah dengan sabar. Macam intan yang melalui proses tekanan tinggi begitu jugak dengan hati tu. Tapi kalau hati tu tak sabar maka dia akan jadi macam grafit..mudah pecah walaupun bahannya sama

Begitu jugak dengan hati emas…bila diuji..sebenarnya Allah nak buang dosa..impurities dari hati kita…ujian tu nampak membakar..intense..tapi kalau berjaya lepasi semua tu..maka hati tu akan bebas dari impurities

wallahualam

p/s Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. surah Al Baqarah ayat 74