Tuesday, September 25, 2007

Assalamualaikum warahmatullah

Untuk menceriakan lagi blog ini inshaAllah saya akan cuba menceritakan kepada pembaca semua kisah Nabi Khadir dan Nabi Musa. Hopefully blog ni akan aktif semula inshaAllah ( walaupun dah 9 bulan meninggalkan blog ni)

Kisah berdasarkan tazkirah oleh Imam Muktar tapi akan ditulis dengan bahasa mudah

Kisah Nabi Khadir ( bukan Khidir) as dengan Nabi Musa adalah salah satu kisah yang mengajar kita tentang perkara ghaib contohnya macam qada' dan qadar. Kisah ni bermula bila Nabi Musa kata akulah yang paling berilmu dikalangan kamu sekalian ( Bani Israeil). Tapi perbuatan tu ditegur oleh Allah swt lalu menyuruhnya belajar dengan orang yang dikatakan ada ilmu yang tiada pada Nabi Musa as. So berjalanlah Nabi Musa as dan temannya yang dikenali sebagai Yusaq seperti yang diceritakan oleh Allah dalam Al quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun

Lalu berjalanlah mereka sehingga mereka menemui suatu tempat iaitu di pertemuan dua laut. Maka ketika sampai disana mereka berehat di tempat dimana ada seketul batu dan mendapatkan ikan utk bekalan di perjalanan seterusnya. Lalu kemudian mereka menyambung semula perjalanan mereka dengan menempuh lautan.

Tetapi semasa mereka berada di lautan Nabi Musa bertanya dengan pembantunya seperti dalam Al Quran

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini.

Kemudian dibalas oleh temannya

Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelungsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.

Sebenarnya ketika dalam mereka berada di lautan, ikan yang mereka dapat itu terus melompat masuk ke dalam air lalu meninggalkan kesan kembali ke arah tempat pertemuan itu. Imam Muktar ada menyatakan kesan ikan itu bertukar menjadi air batu lalu membentuk satu trace.

Lalu berkatalah Nabi Musa as

Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

Maka mereka mudik kembali ke tempat pertemuan lautan itu lalu mereka mendapati bahawa ada seseorang yang duduk di atas batu itu. Orang itu adalah Nabi Khadir. Dikatakan dalam tazkirah itu bilamana Nabi Khadir bangun dari batu itu kawasan disekitarnya akan bertukar menjadi hijau. Dalam Al Quran dinyatakan

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

Lalu bermula perjalanan Nabi Musa dengan Nabi Khadir

InshaAllah akan disambung lagi dalam Ramadan ni..moga diberi kekuatan

Tuesday, January 30, 2007

Batu-batu

sekadar reflection

Aku merasakan hati manusia ni macam batu-batu kat muka bumi ni. Since cahaya adalah sama, bila cahaya tu jatuh ke batu-batu tu masing-masing memancarkan warna sendiri. Lain pulak seperti intan dan emas cahaya yang sama tu akan memantulkan warna-warna yang sangat cantik

Tapi apa beza antara batu-batu tu dengan intan dan permata. Bezanya adalah intan tu dah melalui pelbagai proses seperti tekanan yang tinggi. Malah sebenarnya intan tu adalah hasil dari carbon…dan grafit pun dari carbon jugak. Tapi properties diorang lain..intan adalah galian yang paling keras walhal grafit ni adalah bahan yang mudah pecah.

Emas pulak dikatakan pure bila kita panaskan untuk membuang impurities. Tapi proses tu sangat intense kita kene bakar emas tu..melt kan dia dan barulah impuritiesnya baru keluar. Lepas tu emas tu jadi lawa

Aku rase hati manusia macam tu jugak. Cahaya illahi tu sama je macam cahaya matahari…memancar pada setiap hati2 manusia..tapi the question is what kind of heart yang received cahaya tu

Ada hati yang keras dan hitam…maka cahaya yang putih tu akan direflect sebagai warna hitam. Walaupun cahaya tu putih tapi still reflection dia hitam

Tapi ada hati yang macam intan. Bila cahaya yang putih tu jatuh kat batu tu..bukan je warna putih malah bersinar2 lagi.

Tapi hati intan tu hanya akan terjadi apabila hati itu sabar menerima ujian dari Allah dengan sabar. Macam intan yang melalui proses tekanan tinggi begitu jugak dengan hati tu. Tapi kalau hati tu tak sabar maka dia akan jadi macam grafit..mudah pecah walaupun bahannya sama

Begitu jugak dengan hati emas…bila diuji..sebenarnya Allah nak buang dosa..impurities dari hati kita…ujian tu nampak membakar..intense..tapi kalau berjaya lepasi semua tu..maka hati tu akan bebas dari impurities

wallahualam

p/s Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. surah Al Baqarah ayat 74

Tuesday, November 28, 2006

tawakal

Hari ini engkau mempunyai sejuta di tangan atau kau mempunyai seringgit di tangan, itu tidak bisa mengubah keyakinanmu bahawa Allah jualah yang akan membantumu melunaskan hutangmu yang berjumlah sejuta pada keesokan harinya-scholar